Siri Samsung Galaxy S23 miliki harga permulaan RM4,199?

Digital
30 Jan 2023 • 8:42 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pelancaran siri Galaxy S23 semakin hampir dan semakin banyak maklumat tentangnya mula meresap keluar ke dunia Internet. Salah seorang ahli RKMD berkongsikan satu gambar yang didakwa harga 4 varian Samsung Galaxy S23.

image is not available

Berikut adalah senarai harga berdasarkan gambar rajah yang dikongsikan:

  • Galaxy S23 256GB RM4,199
  • Galaxy S23+ 256GB RM4,699
  • Galaxy S23 Ultra 256GB RM5,699
  • Galaxy S23 Ultra 512GB RM6,199

Sekiranya maklumat ini benar, maka siri Galaxy S23 memiliki harga permulaan termahal dalam sejarah Galaxy S. Sebagai rujukan, berikut adalah senarai harga siri Galaxy S22 sewaktu dilancarkan:

  • Samsung Galaxy S22 5G 128GB RM3,499
  • Samsung Galaxy S22 5G 256GB RM3,699
  • Samsung Galaxy S22+ 5G 128GB RM4,099
  • Samsung Galaxy S22+ 5G 256GB RM4,299
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 128GB RM5,099
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 256GB RM5,499
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 512GB RM5,899

Buat anda yang ingin mengikuti majlis pelancaran siri Galaxy S23, acara Unpacked akan berlangsung pada 2 Februari 2023 pada jam 2 pagi waktu Malaysia.

Sumber: Marc Yeo