Samsung telah pun melancarkan siri Galaxy S25 mereka untuk pasaran Malaysia. Harga jualan bermula dari RM3,99 dan mencapai sehingga RM7,799. Hanya Galaxy S25 Ultra menerima perubahan yang ketara, sementara S25 lain hanya menerima perubahan dalaman sahaja. Jika anda kecewa dengan penawaran pada Galaxy S25, ini mungkin peluang terbaik untuk mendapatkan siri Galaxy S24.

Memandangkan siri Galaxy S24 turut akan menerima kemas kini One UI 7, beberapa ciri AI baharu yang ada pada Galaxy S25 turut dijangka akan disokong pada Galaxy S24. Hari ini, anda boleh dapatkan Galaxy S24 Ultra pada harga bermula RM4,599 untuk model 256GB iaitu diskaun sebanyak RM1,700. Sementara model 512GB kini boleh dibeli pada harga RM5000 iaitu diskaun sebanyak RM1,799. Ini eksklusif di Shopee Samsung Flagship Store.

Jika anda menyemak Shopee Samsung Brand Store pula, Galaxy S24 Ultra model 256GB dijual pada harga RM5,299 iaitu diskaun sebanyak RM1000. Di laman web rasmi Samsung pula model yang sama dijual pada harga RM5,399 iaitu diskaun sebanyak RM900. Kemudian penjual lain yang diiktiraf seperti Urban Republic, menjualnya pada harga bermula RM5,349 iaitu diskaun sebanyak RM950.
Untuk rujukan lain, jika anda ingin membeli di platform lain mengikut kaedah pembayaran yang ditawarkan adalah seperti berikut;
- Galaxy S24 Ultra
- 256GB –
RM6,299RM4,599 (RM1,700) - 512GB –
RM6,799RM5,000 (RM1,799)
- 256GB –
- Galaxy S24
- 256GB
RM4,099RM3299 (RM800) - 512GB
RM4,599RM3459 (RM1,149)
- 256GB
- Galaxy S24 Ultra
- 256GB –
RM6,299RM5,299 (RM1,000) - 512GB –
RM6,799RM5,799 (RM1,000)
- 256GB –
- Galaxy S24+
- 256GB
RM4,899RM4,099 (RM800) - 512GB
RM5,399RM4,599 (RM800)
- 256GB
- Galaxy S24
- 256GB
RM4,099RM3,299 (RM800) - 512GB
RM4,599RM3,799 (RM800)
- 256GB
- Galaxy S24 Ultra
- 256GB –
RM6,299RM5,399 (RM900) - 512GB –
RM6,799RM5,999 (RM800)
- 256GB –
- Galaxy S24+
- 256GB
RM4899RM4099 (RM800) - 512GB
RM5399RM4599 (RM800)
- 256GB
- Galaxy S24
- 512GB
RM4599RM3999 (RM600)
- 512GB
