Samsung Galaxy S25 dilancarkan minggu lalu dengan ia dilengkapi cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy yang di atas kertas hadir dengan CPU yang lebih pantas berbanding Snapdragon 8 Elite. Persoalan wujud sama ada terdapat perbezaan prestasi antara kedua-dua cip ini. Kita juga akan melihat sama ada terdapat juga jurang prestasi yang jelas antara 8 Gen 3 for Galaxy dengan Dimensity 9400, Tensor G4, A18 Pro dan A17 Pro.

Seperti biasa empat aplikasi penanda aras telah saya gunakan untuk melihat prestasi kesemua cip mercu di bawah. Untuk artikel ini saya menggunakan senarai peranti di bawah
- Snapdragon 8 Elite for Galaxy – Samsung Galaxy S25 Ultra
- Snapdragon 8 Elite (Gaming) – Redmagic 10 Pro
- Snapdragon 8 Elite (Biasa) – Realme GT7 Pro
- Dimensity 9400 – Oppo Find X8 Pro
- Apple A18 Pro – Apple iPhone 16 Pro Max
- Apple A17 Pro – Apple iPhone 15 Pro Max
- Tensor G4 – Google Pixel 9 Pro XL
AnTuTu 3D
Cip Skor Snapdragon 8 Elite for Galaxy 1,946,864 Snapdragon 8 Elite (Gaming) 2,279,886 Snapdragon 8 Elite (Biasa) 2,642,097 Dimensity 9400 2,629,017 Apple A18 Pro 1,720,751 Apple A17 Pro 1,542,050 Tensor G4 1,016,712

Geekbench 6
Cip Satu Teras Multi Teras Snapdragon 8 Elite for Galaxy 2957 9435 Snapdragon 8 Elite for Galaxy (Gaming) 3009 9295 Snapdragon 8 Elite for Galaxy (Biasa) 2789 9002 Dimensity 9400 2663 8959 Apple A18 Pro 3359 8129 Apple A17 pro 2793 6925 Tensor G4 1916 4644

Geekbench AI
Cip Skor Ketepatan Tunggal Skor Ketepatan Separuh Skor Quantized Snapdragon 8 Elite for Galaxy 2727 2703 4580 Snapdragon 8 Elite (Gaming) 2277 2356 4132 Snapdragon 8 Elite (Biasa) 2307 2323 3027 Dimensity 9400 1728 1740 2147 Apple A18 Pro 3975 7744 6204 Apple A17 Pro 3705 6515 5696 Tensor G4 2058 2017 3129

3DMark Wildlife Extreme
Cip Skor Snapdragon 8 Elite for Galaxy 6135 Snapdragon 8 Elite (Gaming) 6647 Snapdragon 8 Elite (Biasa) 5922 Dimensity 9400 6251 Apple A18 Pro 4560 Apple A17 Pro 3746 Tensor G4 2567

Kesimpulan
Ujian penanda aras mengesahkan pendapat saya sebelum ini bahawa markah bukan segalanya kerana keputusan yang dicatatkan adalah tidak semestinya konsisten. Kadang kala Snapdragon 8 Elite biasa mencatatkan markah lebih tinggi seperti yang dilihat pada Antutu 3D tetapi kemudiannya dipintas oleh 8 Elite for Galaxy dalam ujian seperti Geekbench dan Geekbench AI.
Anda boleh memilih untuk melihat skor manakah yang lebih menyedapkan hati. Tetapi kami di Amanz merasakan tidak ada langsung perbezaan ketara daripada segi prestasi antara Samsung Galaxy S25 Ultra dan Galaxy S24 Ultra dengan Snapdragon 8 Gen 3. Jika peningkatan prestasi mendadak yang anda cari, ia tidak dapat dilihat tahun ini.

Ikhlas saya katakan satu-satunya peranti yang dapat dirasakan perbezaan dalam senarai ini ialah Oppo Find X8 Pro yang jauh lebih lancar berbanding peranti Android lain yang pernah saya gunakan. Tahap kelancaran antaramuka Find X8 Pro adalah setanding dengan iPhone 16 Pro Max. Ia kali pertama sebuah peranti Android memberikan kelancaran seakan iOS.
Kesimpulan di sini ialah peningkatan prestasi jika wujud sekalipun adalah tidak begitu besar iaitu antara 5-10% sahaja yang tidak signifikan. Ia tidak cukup untuk membuatkan pengguna merasakan perlu membeli S25 Ultra semata-mata prestasi yang lebih baik. Secara keseluruhan orang ramai kini lebih mementingkan kelancaran yang dapat dirasakan pada peranti yang akan dibeli. Ini mungkin sebab mengapa iPhone mencatatkan jualan tinggi walaupun skor dalam aplikasi penanda aras tidak begitu tinggi.
Yang pasti satu-satunya peranti yang kalah teruk ialah Google Pixel 9 Pro XL. Ini ialah peranti mercu yang dijual pada harga yang premium tetapi prestasi dunia sebenar adalah tidak menakjubkan. Malahan di antara ketujuh-tujuh peranti dalam artikel ini, 9 Pro XL yang tidak begitu lancar digunakan dan prestasi gaming yang juga beberapa anak tangga di bawah.
Pada tahun 2025 membeli sebarang peranti dengan Snapdragon 8 Elite tanpa mengira versi akan menawarkan pengalaman penggunaan yang tidak akan mengecewakan.

