Siri Samsung Galaxy Z Fold8 Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Promosi Eksklusif Dengan Rebat Sehingga RM800

LocalDigital
15 Aug 2026 • 10:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Samsung Galaxy Z Fold8 Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Promosi Eksklusif Dengan Rebat Sehingga RM800

Samsung Malaysia kini membuka jualan rasmi untuk barisan peranti baharu termasuk Galaxy Z Fold8, Z Fold8 Ultra, Z Flip8, Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2. Pelancaran ini bukan sahaja memperkenalkan telefon pintar lipat serta jam tangan pintar generasi terbaru malah turut menawarkan promosi masa terhad dengan penjimatan besar kepada pengguna di Malaysia.

Image from: Siri Samsung Galaxy Z Fold8 Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Promosi Eksklusif Dengan Rebat Sehingga RM800

Bermula sekarang hingga 4 Oktober 2026, pelanggan yang membeli mana-mana peranti baharu daripada Samsung boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,909.90. Tawaran ini merangkumi telefon pintar lipat generasi terbaru iaitu Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8. Butiran penuh adalah seperti berikut:

Image from: Siri Samsung Galaxy Z Fold8 Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Promosi Eksklusif Dengan Rebat Sehingga RM800
Image from: Siri Samsung Galaxy Z Fold8 Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Promosi Eksklusif Dengan Rebat Sehingga RM800
Image from: Siri Samsung Galaxy Z Fold8 Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Promosi Eksklusif Dengan Rebat Sehingga RM800

Lebih istimewa, jenama yang dekat dengan rakyat Malaysia kini turut menyokong penggunaan peranti baharu ini. Aplikasi mereka telah dioptimumkan untuk Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8, sekali gus menjadikan rutin harian pengguna lebih mudah dan lancar. Antara aplikasi yang terlibat ialah Ambank, CelcomDigi, Gigi Coffee, GSC Cinemas, iQIYI, Maxis, Maybank dan ZUS Coffee, di mana aplikasi yang memang sering digunakan oleh rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian.

Image from: Siri Samsung Galaxy Z Fold8 Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Promosi Eksklusif Dengan Rebat Sehingga RM800
Image from: Siri Samsung Galaxy Z Fold8 Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Promosi Eksklusif Dengan Rebat Sehingga RM800

Jangan ketinggalan juga, kunjungi Haus of Fold Roadshow di Pavilion KL untuk merasai sendiri pengalaman telefon lipat generasi terbaru daripada Samsung. Jerayawara ini berlangsung sehingga 16 Ogos 2026 dan menghimpunkan semula barisan produk baharu mereka di satu lokasi, lengkap dengan aktiviti menarik yang turut memberi peluang kepada pengunjung untuk memenangi pelbagai hadiah percuma.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved