Siri Vivo S16 Bakal Diumumkan Di China Pada 22 Disember

TechnologyDigital
16 Dec 2022 • 1:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Siri Vivo S16 bakal diumumkan secara rasmi di China pada 22 Disember ini. Ia merupakan variasi kemaskini untuk siri Vivo S15 sebelum ini yang turut sama hadir dalam tiga pilihan model. Ini termasuklah Vivo S16, Vivo S16 Pro dan Vivo S16e.

image is not available

Ketiga-tiga diperlihatkan hadir dengan rekaan yang sama, di mana sistem trai-kamera bersama LED berbentuk bulat seakan Reno8 digunakan. Dalam masa sama, panel hadapan pula sejenis berlubang tengah untuk peletakan kamera swafoto tunggal. Tiada butiran dan maklumat mengenai spesifikasi dalaman yang didedahkan.

image is not available

Tetapi jangkaan awal mendapati ketiga-tiga model dipercayai hadir dengan kamera swafoto 50MP bersama autofokus. Seterusnya cip Dimensity 1080 mungkin disertakan pada S16e, Snapdragon 870 pula pada model S16 dan variasi S16 Pro dipercayai menggunakan cip Dimensity 8200.