Siri Xiaomi 17 Akan Dilancarkan Pada 25 September

TechnologyDigital
22 Sep 2025 • 4:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Xiaomi 17 akan dilancarkan secara rasmi pada 25 September depan. Tiga model akan dilancarkan dengan dua model Pro dan satu model biasa. Ketiga-tiga model dipercayai akan menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan sistem kamera serta lensa Leica turut akan kembali.

image is not available

Pada model Pro, terdapat skrin sekunder di bahagian belakang dengan imej acah menunjukkan pelbagai widget boleh diletakkan padanya. Ini kali pertama Xiaomi mengembalikan semula skrin sekunder pada peranti dengan kali terakhir ia ditawarkan pada Xiaomi 11 Ultra.

Selain menawarkan lensa Leica, ia juga dipercayai peranti peranti pertama menggunakan sistem operasi HyperOS 3 berasaskan Android 16. Tarikh 25 September yang dipilih sebenarnya agak aneh kerana sehari sebelumnya, siri Xaomi 15T akan dilancarkan ke pasaran global.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved