Selepas beberapa kali hadir dengan petunjuk dan pengesahan awal, Xiaomi akhirnya mengumumkan bahawa siri baharu Xiaomi 18 Pro akan memasuki pasaran global pada 17 November ini. Acara pelancarannya akan berlangsung di Paris dan disiarkan secara langsung menerusi platform dalam talian rasmi.

Xiaomi dijangka memperkenalkan dua model utama melalui Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Seperti generasi terdahulu, sistem kamera yang dibangunkan bersama Leica terus menjadi antara tarikan utama. Pada masa sama, Xiaomi turut mempamerkan keupayaan Back Display yang boleh digunakan untuk memaparkan notifikasi, mengawal media serta bertindak sebagai skrin pratonton ketika mengambil gambar menggunakan kamera belakang.

Buat masa ini, Xiaomi masih berahsia mengenai kebanyakan spesifikasi siri Xiaomi 18 Pro. Namun, beberapa laporan yang muncul kebelakangan ini sudah cukup untuk mencetuskan perbincangan khususnya mengenai dakwaan kapasiti bateri yang lebih kecil bagi model global. Jawapan kepada persoalan tersebut dijangka terungkai apabila Xiaomi membuat pengumuman rasmi minggu hadapan.




