Siri Xiaomi TV A Pro hadir dengan Google TV & Xiaomi TV+, ada paparan 4K 60Hz, MEMC, Dolby Vision dan HDR10

Digital
7 Sep 2023 • 8:34 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Di samping siri Xiaomi TV A, Xiaomi Malaysia turut mengumumkan ketibaan siri Xiaomi TV A Pro. Ia menampilkan tiga saiz dengan semuanya memiliki resolusi 4K UHD, serta dikuasakan sistem operasi terbaru Google TV.

Harga dan Promosi

Orang ramai yang berminat dengan TV baru Xiaomi ini, boleh melihat sendiri dengan lebih dekat di pameran Xiaomi Smart Living Showcase di Sunway Pyramid, yang berlangsung dari 7 hingga 10 September 2023. Harga rasmi untuk siri Xiaomi TV A Pro di Malaysia adalah seperti berikut:

image is not available

Lebih menarik lagi, pembelian di pameran ini khas pada 9 September, layak menerima hadiah percuma serta peluang memenangi hadiah lebih besar menerusi cabutan bertuah. Hadiah percuma disediakan untuk 100 pembeli terawal siri Xiaomi TV A Pro iaitu:

  • Pembeli pertama hingga ke-3: Xiaomi Robot Vacuum S10 (bernilai RM1,299)
  • Pembeli ke-4 hingga ke-10: Xiaomi Smart Air Purifier 4 (bernilai RM799)
  • Pembeli ke-11 hingga ke-20: Xiaomi Smart Tower Fan (bernilai RM439)
  • Pembeli ke-21 hingga ke-50: Mi Bedside Lamp 2 (bernilai RM199)
  • Pembeli ke-51 hingga ke-100: Xiaomi Electric Kettle 2 (bernilai RM139)

Untuk cabutan bertuah pula, ia diberikan kepada semua pembeli dan menyediakan hadiah bernilai RM11,997 berupa:

  • 1 unit Xiaomi Truclean W10 Ultra Wet Dry Vacuum (bernilai RM3,599)
  • 1 unit Xiaomi Robot Vacuum X10+ (bernilai RM3,799)
  • 1 unit Xiaomi Smart Cooking Robot (bernilai RM4,599)

Selain itu, siri Xiaomi TV A Pro turut dijual atas talian di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan pengedar sah Xiaomi di Malaysia, dengan diskaun RM200 pada 9 September iaitu:

image is not available

Spesifikasi siri Xiaomi TV A Pro

Jika siri Xiaomi TV A memiliki spesifikasi berbeza untuk saiz skrin berlainan, siri Xiaomi TV A Pro pula berkongsi spesifikasi yang serupa. Perbezaannya adalah saiz skrin sahaja.

image is not available

Badannya diperbuat daripada besi tunggal dengan bingkai yang sangat nipis. Ia menggunakan rekaan satu kaki di tengah. Terdapat tiga saiz di dalam siri ini iaitu 43-inci, 55-inci dan 65-inci, semuanya boleh dipasang ke dinding atau pemegang dengan ukuran 300x300mm.

Kesemua model memiliki resolusi 4K UHD (3840×2160) dengan kadar penyegaran 60Hz. Ia turut menyokong teknologi paparan MEMC 60hz, bersama Dolby Vision dan HDR10. Sistem bunyi pula dihasilkan oleh dua speaker stereo dengan kuasa 24W (2x12W), menyokong teknologi bunyi seperti Dolby Audio, DTS-X dan DTS Virtual:X.

Pemproses yang digunakan agak berkuasa iaitu Cortex-A55 4-teras, serta GPU Mali G52 MP2. RAM pula sebanyak 2GB dengan storan dalaman 16GB. Sambungan wayarles yang disokong adalah WiFi 2.4Ghz/5Ghz dan Bluetooth 5.0.

Sistem operasi terbaru, Google TV dipasang ke dalam siri Xiaomi TV A Pro. Ia menyokong pelbagai fungsi pintar, termasuk arahan suara, Chromecast dan muat turun ratusan aplikasi menerusi Playstore. Alat kawalan pula bersambung secara Bluetooth, dengan butang pantas untuk aplikasi Netflix, Prime Video, Youtube dan Xiaomi TV+.

Untuk sambungan berwayar, ia memiliki 3 port HDMI (1 port eARC), 2 port USB2.0, port LAN, digital audio optikal dan jek audio 3.5mm. Di samping itu, ia turut memiliki sambungan antena digital DVB-T2 dan DVB-S2.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Xiaomi TV A Pro.