Google Memperlihatkan Rekaan Pixel 8 Dan Pixel 8 Pro Secara Rasmi

TechnologyDigital
8 Sep 2023 • 7:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pelbagai ketirisan yang berlaku melibatkan Google Pixel 8 dan juga Google Pixel 8 Pro, kini pihak Google sendiri mengambil langkah awal dan menerbitkan sebuah video yang memperlihatkan kedua-dua peranti tersebut secara ringkas.

Melalui video berdurasi 23 saat, Google memperlihatkan rekaan belakang untuk Pixel 8 dan juga Pixel 8 Pro – termasuk bahagian kamera belakangnya. Pixel 8 dilihat menawarkan dwi-kamera belakang, sementara Pixel 8 Pro pula tri-kamera belakang.

image is not available

image is not available

Tiada sebarang ciri-ciri atau spesifikasi yang dikongsikan melalui video acah ini, selain sekadar perlihatkan rekaan belakang peranti sahaja.

Google merancang memperkenalkan ia secara rasminya pada 4 Oktober kelak. Sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi siri Pixel 8 ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved