SiSMED 2.0 perkukuh keupayaan organisasi hadapi krisis, lindungi reputasi

19 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: SiSMED 2.0 perkukuh keupayaan organisasi hadapi krisis, lindungi reputasi
Md Amin (tengah) bergambar bersama para peserta SiSMED 2.0 selepas menyampaikan slot bertajuk Kepimpinan dan Ketahanan Reputasi: Memimpin Krisis, Melindungi Reputasi di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Photo credit: UPSI

KUALA LUMPUR– Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkukuh keupayaan pengurusan krisis dan komunikasi strategik organisasi menerusi penganjuran Simposium Strategik Pengurusan Krisis dan Media (SiSMED) 2.0 yang menghimpunkan 120 peserta di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Menurut Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, program selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Oktober itu memberi tumpuan kepada strategi pengurusan krisis, pembinaan naratif, perlindungan reputasi serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam komunikasi korporat.

Md Amin berkata pengurusan krisis memerlukan kepimpinan strategik, komunikasi berkesan dan keupayaan bertindak pantas bagi memastikan reputasi organisasi terus terpelihara ketika berhadapan situasi mencabar.

“Krisis bukan sekadar cabaran kepada organisasi, tetapi juga peluang untuk membina kekuatan baharu melalui kepimpinan yang berwawasan, komunikasi berintegriti dan pendekatan yang mengutamakan kepentingan manusia.

Beliau berkata keupayaan mengurus krisis bukan hanya bergantung pada tindakan selepas sesuatu isu tercetus, sebaliknya perlu dibina lebih awal melalui perancangan komunikasi, kesiapsiagaan organisasi dan penyelarasan maklumat yang tepat.

“Kepimpinan yang berkesan dalam situasi krisis penting bagi memastikan setiap keputusan dibuat secara teratur, manakala penyampaian maklumat kepada masyarakat dilaksanakan secara telus dan bertanggungjawab,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Md Amin turut menyampaikan slot keempat bertajuk ‘Kepimpinan dan Ketahanan Reputasi: Memimpin Krisis, Melindungi Reputasi’ yang memberi tumpuan kepada kepakaran kepimpinan serta strategi membina ketahanan organisasi ketika berhadapan krisis.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI Prof. Dr. Mohd Izwan Shahril berkata pengurusan komunikasi krisis memerlukan perancangan rapi, penyelarasan maklumat dan kerjasama erat antara organisasi dengan pengamal media bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat tepat serta tidak menimbulkan kekeliruan.

“Organisasi perlu bersedia menghadapi krisis sebelum sesuatu isu tercetus. Keupayaan menyampaikan maklumat dengan pantas, tepat dan berintegriti amat penting untuk mengurus persepsi awam serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap organisasi,” katanya.

Image from: SiSMED 2.0 perkukuh keupayaan organisasi hadapi krisis, lindungi reputasi
Kira-kira lebih 50 pengamal media dan peserta SiSMED 2.0 bergambar kenangan pada Malam Pesona Media sempena SiSMED 2.0 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Photo credit: UPSI

Beliau berkata perkembangan teknologi digital dan penyebaran maklumat yang pantas turut menuntut pengamal komunikasi korporat meningkatkan kemahiran serta menguasai pendekatan baharu dalam mengendalikan isu yang boleh menjejaskan reputasi organisasi.

Menurutnya, penggunaan AI dalam komunikasi korporat juga membuka ruang kepada pendekatan pengurusan maklumat yang lebih sistematik, namun perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan memastikan ketepatan fakta dan pertimbangan manusia terus menjadi keutamaan.

SiSMED 2.0 menampilkan enam slot utama yang dirangka untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai dimensi pengurusan krisis dan komunikasi media, termasuk perancangan hebahan, pengurusan persepsi awam serta strategi melindungi reputasi organisasi.

Program itu turut menampilkan Malam Pesona Media sebagai platform memperkukuh jaringan strategik dan hubungan profesional antara UPSI dengan pengamal media.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved