Sissy Iman Minta Maaf Berkenaan Isu Selebriti Ditangkap Lakukan Amang Seksu*l

LocalEntertainment
9 Jun 2025 • 5:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedar namanya menjadi bualan ramai dikala hangatnya isu selebriti terkenal ditangkap kerana melakukan amang seksual baru-baru ini, penyanyi Sissy Iman enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Ditemui media, Sissy berkata dia bukanlah orang yang sepatutnya berkata-kata atau mengulas lanjut berkenaan perkara tersebut.

Saya sedar mengenai berita yang sedang tersebar sekarang ini, tetapi saya tidak berada dalam kedudukan sesuai untuk memberikan sebarang komen.

Saya minta maaf, itu sahaja yang saya boleh katakan buat masa ini.

Terdahulu, Sissy yang juga pengacara program hiburan Melodi ‘terdiam’ namun tanpa mengiyakan ataupun menafikan apabila diusik rakan pengacara Fikry Ibrahim yang bertanyakan sama ada selebriti itu adalah kawan baiknya.

image is not available

image is not available

Selebriti lelaki yang juga penyanyi dan pelakon itu dilaporkan telah ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 18 hours ago

"Ni Ibu Ke Anak Ibu Ni?" - Ibu Fattah Amin Puji Amira Othman Cantik