Sistem Bayar Tol Tanpa Palang, ‘Detect’ Nombor Plat Dilaksana Secara Berperingkat Mulai Oktober

LocalTechnology
9 Aug 2025 • 12:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula Oktober ini.

Daftar nombor plat di aplikasi JustGO

Hal itu dimaklumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi hantaran di Facebook di mana 13 plaza tol dan 35 lorong PLUS terlibat dalam fasa ini yang bakal dilaksanakan secara rintis di Lebuhraya PLUS bermula Oktober ini (Hutan Kampung ke Sungai Dua) dan akan diperluaskan secara berperingkat.

Tak perlu lagi kad fizikal atau alat tambahan – hanya daftar nombor plat kenderaan dalam aplikasi JustGO, dan terus pandu. Bayaran tol dibuat secara automatik melalui kad debit/kredit atau e-dompet anda yang didaftarkan di aplikasi ini.

image is not available

image is not available

Tiada caj tambahan untuk mendaftar & guna

Tulis beliau, teknologi ANPR menggunakan kamera beresolusi tinggi bagi mengenal pasti nombor plat kenderaan secara automatik, yang kemudiannya dipadankan dengan imej fizikal kenderaan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Beliau turut menambah tiada caj bakal dikenakan kepada pengguna untuk mendaftar atau menggunakan sistem berkenaan.

Ini permulaan strategik yang menunjukkan kesiapsiagaan industri ke arah pelaksanaan sistem MLFF – sistem tol tanpa palang yang lebih lancar dan inklusif.

image is not available

Ujar beliau, keputusan ini selari dengan hala tuju baru MLFF yang telah ditetapkan oleh Kerajaan iaitu membuka peluang kepada syarikat penyedia perkhidmatan yang berkaitan di luar sana untuk berbincang dan berurusan terus dengan 33 syarikat konsesi lebuh raya bertol sedia ada (secara business to business) agar MLFF dapat dilaksanakan.

MLFF ini juga dilaksanakan tanpa melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan yang memberi fokus untuk melaksanakan MLFF sepenuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang, dengan ANPR sebagai asas teknikal kepada sistem tersebut.

Semoga usaha ini dapat memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuhraya.

image is not available 2025-06-10 14:58:42

"Kerajaan Tidak Akan Berhenti Usaha, Akan Rangka Dasar Wajibkan Pengehad Kelajuan Untuk Kenderaan Berat" - Anthony Loke