Sistem Kesihatan Hampir Lumpuh, UNRWA Bergelut Bantu 50,000 Wanita Hamil Di Gaza

27 Dec 2023 • 1:55 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 50,000 wanita hamil kini tinggal di Gaza, dengan lebih daripada 180 kelahiran berlaku setiap hari berisiko susulan sistem kesihatan yang hampir lumpuh.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) berkata doktor dan bidan berusaha menyediakan penjagaan wanita hamil selepas bersalin dan berisiko tinggi di tujuh pusat kesihatan UNRWA yang beroperasi.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkritik kemusnahan sistem kesihatan Gaza yang dilakukan oleh zionis sambil memuji profesional kesihatan kerana terus bekerja dalam keadaan darurat.

image is not available

Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kemusnahan sistem kesihatan Gaza adalah satu tragedi.

“Dalam menghadapi ketidakamanan yang berterusan dan kemasukan pesakit yang cedera, kami melihat doktor, jururawat, pemandu ambulans dan banyak lagi terus berusaha untuk menyelamatkan nyawa,” tambahnya, mengulangi gesaan untuk gencatan senjata segera.

Agensi itu memberi amaran bahawa walaupun keperluan penjagaan kesihatan meningkat, hanya 38 peratus katil hospital pra-konflik kekal tersedia di wilayah Palestin dan hanya 30 peratus kakitangan kesihatan masih bekerja.

Pada masa yang sama, hospital dilindungi di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa diserang secara berterusan oleh Israel sejak perang meletus.

image is not available

Sehingga 20 Disember, WHO mencatatkan 246 serangan Israel ke atas infrastruktur penjagaan kesihatan di Gaza, termasuk hospital dan ambulans.

PBB memberitahu hanya sembilan daripada 36 hospital berfungsi sebahagiannya di seluruh wilayah yang dikepung disaat Israel terus menyasarkan kemudahan perubatan .

image is not available

Kira-kira 80 peratus daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah dipindahkan ke selatan Gaza, dengan berpuluh-puluh ribu bersesak di sekolah-sekolah PBB atau berlindung daripada kesejukan di dalam khemah sementara.

Menurut pegawai Gaza, sekurang-kurangnya 20,424 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang sejak 11 minggu dan puluhan ribu cedera manakala banyak mayat masih terperangkap di bawah runtuhan.

image is not available

image is not available

Sumber: Al Jazeera