Sistem KWSP tergendala, ramai minta tak dikenakan penalti lewat bayar

15 Dec 2022 • 4:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kemas kini 16 Disember 2022, 12:45 tengah hari

Pihak KWSP memaklumkan yang sistem mereka telah beroperasi seperti sedia kala sejak 8:14 pagi.


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan melalui saluran media sosial rasmi mereka bahawa terdapat gangguan perkhidmatan di semua cawangannya termasuk untuk melog masuk ke i-Akaun. Tweet yang pertama telah dimuat naik pada jam hampir 11 pagi tadi kemas kini kedua sekitar 12:15 pagi.

Sehingga artikel ini ditulis, perkhidmatan KWSP masih lagi tergendala tanpa pihak mereka memberitahu kenapa. Rata-rata pengguna berkongsikan rasa resah kerana 15 hari bulan adalah hari terakhir caruman majikan dan mereka boleh dikenakan penalti sekiranya lewat bayar. Maka dengan sebab itu, ada yang mengharapkan tiada penalti dikenakan disebabkan kegendalaan sistem ini.

image is not available

Untuk pengetahuan anda, hari ke-15 setiap bulan adalah hari akhir pembayaran caruman wajib oleh majikan. Sewaktu COVID-19 melanda tempoh hari, KWSP pernah melanjutkan tarikh bayaran berkenaan kepada hari ke-30 untuk bulan April 2020 hingga Ogos 2020 dan sekali lagi melanjutkan tarikh caruman wajib bagi bulan September 2020 hi ngga Disember 2020.

Ia adalah salah satu inisiatif KWSP bagi meringkankan beban majikan berikutan keadaan semasa yang tidak menentu sewaktu COVID-19.