Sistem Nutri-Grade KKM Menunjukkan Kandungan Gula Dalam Minuman – Lebih 10g Tidak Boleh Diiklankan

LocalHealth & Fitness
28 Oct 2025 • 7:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Salah satu fokus negara ke arah negara maju ialah untuk memperbaiki mutu kesihatan rakyat. Dan salah satu cara yang digunakan oleh banyak negara-negara lain seperti di Singapura, Australia dan sejumlah negara-negara Eropah ialah pengenalan sistem penggredan kandungan gula Nutri-Grade di dalam minuman yang dijual.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dilaporkan kini sedang dalam proses membangunkan sistem penggredan Nutri-Grade sendiri dan akan mengambil kira keperluan pindaan terhadap Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

image is not available

Sistem ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan produk minuman sedia diminum dan seterusnya minuman yang disediakan di premis jualan. Melalui pelaksanaan sistem pelabelan Nutri-Grade ini, minuman yang dikategorikan dalam gred D (>10g jumlah gula/ 100ml) akan dilarang daripada diiklankan di mana-mana platform.

Langkah ini dilihat satu cara untuk pihak kerajaan memperkukuhkan kawalan terhadap pengiklanan minuman tinggi gula, sekaligus menggalakkan pihak industri dan pengusaha minuman melakukan reformulasi produk bagi mengurangkan kandungan gula dalam minuman.

Sistem penggredan Nutri-Grade Malaysia akan memfokuskan kepada kandungan gula dalam minuman setakat ini, kerana Malaysia sudahpun mempunyai label Healthier Choice Logo untuk kandungan zat-zat makanan sihat yang sudahpun mula digunakan secara sukarela. Setakat ini sebanyak 1002 produk makanan dan minuman telah mendapatkan pengiktirafan Healthier Choice Logo.