Sistem Panggilan Kecemasan Baharu Negara NG999 Beroperasi Mulai Hari Ini

LocalTechnology
16 Nov 2025 • 10:48 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sistem Panggilan Kecemasan Baharu Negara NG999 Beroperasi Mulai Hari Ini

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Sistem panggilan kecemasan baharu negara, Next Generation Emergency Services (NG999), mula beroperasi hari ini, menggantikan sistem Malaysian Emergency Responses 999 (MERS999).

Orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi SaveME999 di AppStore atau Google Play bagi memudahkan penghantaran maklumat kecemasan secara tepat, pantas dan berkesan, melalui mesej ringkas (SMS) yang dihantar sejak semalam.

“Sila elakkan penyalahgunaan talian kecemasan,” menurut SMS berkenaan.

NG999 adalah sistem digital strategik bersepadu yang meningkatkan perkongsian sumber dan data antara pusat panggilan kecemasan dan agensi berkaitan, sekali gus mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan kecemasan.

Pada 1 Julai tahun lepas, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata sistem baharu ini menyepadukan peta digital berasaskan web, ID pemanggil, perkhidmatan geolokasi, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan aplikasi pintar mudah alih untuk pengendalian insiden kecemasan yang lebih cekap di seluruh negara.

Beliau berkata sistem NG999 diperluaskan kepada lebih 800 lokasi seluruh negara, iaitu dua kali ganda berbanding jumlah lokasi di bawah MERS999 sebelum ini.

BACA: Hospital Taiping Diiktiraf “Angels Region” Pertama Di Malaysia, Ke-2 Di Asia Tenggara

Sumber: BERNAMA

The post Sistem Panggilan Kecemasan Baharu Negara NG999 Beroperasi Mulai Hari Ini appeared first on Siakap Keli.