Sistem panggilan kecemasan NG999 mula beroperasi gantikan MERS999

LocalTechnology
16 Nov 2025 • 10:16 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Sistem panggilan kecemasan baharu NG999 beroperasi hari ini, lengkap dengan aplikasi SaveME999 dan teknologi AI untuk respons lebih pantas

KUALA LUMPUR: Sistem panggilan kecemasan baharu negara, Next Generation Emergency Services (NG999), mula beroperasi hari ini.

Ia menggantikan sistem Malaysian Emergency Responses 999 (MERS999) yang sedia ada.

Orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi SaveME999 di AppStore atau Google Play.

Aplikasi ini memudahkan penghantaran maklumat kecemasan secara tepat, pantas dan berkesan melalui mesej ringkas.

“Sila elakkan penyalahgunaan talian kecemasan,” menurut SMS yang dihantar kepada orang ramai sejak semalam.

NG999 merupakan sistem digital strategik bersepadu yang meningkatkan perkongsian sumber dan data.

Ia menghubungkan pusat panggilan kecemasan dengan agensi berkaitan untuk mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata sistem ini menyepadukan peta digital berasaskan web pada 1 Julai tahun lepas.

Sistem ini juga dilengkapi ID pemanggil, perkhidmatan geolokasi, teknologi kecerdasan buatan dan aplikasi pintar mudah alih.

Ia bertujuan untuk pengendalian insiden kecemasan yang lebih cekap di seluruh negara.

NG999 diperluaskan kepada lebih 800 lokasi seluruh negara, dua kali ganda berbanding MERS999 sebelum ini. – Bernama