Sistem Pengangkutan Awam Jakarta Kedua Terbaik Di Asia Tenggara, Atasi KL, Manila, Bangkok

LocalTravel
10 Sep 2025 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, sistem pengangkutan awam di Jakarta lebih baik berbanding dengan Malaysia memandangkan negara serumpun itu kini diiktiraf sebagai antara terbaik di dunia.

Gabenor Jakarta, Pramono Anung Wibowo berkata, ibu kota Indonesia itu berada di kedudukan ke-17 global berdasarkan tinjauan antarabangsa manakala di peringkat Asia Tenggara pula, Jakarta berada di tangga kedua selepas Singapura.

image is not available

Ini bermakna, kedudukan itu sekali gus meletakkan Jakarta mengatasi bandar besar lain seperti Kuala Lumpur, Manila dan Bangkok.

Menurutnya, tinjauan berkenaan dijalankan oleh firma media dan perniagaan berpangkalan di London, Time Out, pada Mac lalu.

Dalam pada itu, beliau menambah, kajian terbabit difahamkan membabitkan maklum balas lebih 18,500 pengguna pengangkutan awam di lebih 50 bandar raya seluruh dunia.

image is not available

"Daripada 50 bandar yang ditinjau, dengan lebih 18,000 responden, Jakarta kini berada di tempat ke-17.

"Di Asia Tenggara, kami hanya tewas kepada Singapura. Kami lebih baik daripada Kuala Lumpur, Manila, malah Bangkok," katanya.

Beliau turut berharap kedudukan itu dapat ditingkatkan dan tidak sekadar berpuas hati dengan pencapaian semasa.

Dalam senarai 19 bandar terbaik dunia, Hong Kong menduduki tangga pertama, diikuti Shanghai dan Beijing. Singapura pula berada di tempat ke-12, manakala Jakarta di tangga ke-17.

Secara keseluruhan, lebih 18,500 penduduk bandar di lebih 50 negara mengambil bahagian dalam tinjauan itu bagi menilai pengangkutan awam di bandar masing-masing termasuk bas, kereta api dan trem.

1. Hong Kong

2. Shanghai, China

3. Beijing, China

4. Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE)

5. Taipei, Taiwan

6. London, United Kingdom (UK)

7. Vienna, Austria

8. Seoul, Korea Selatan

9. Mumbai, India

10. Doha, Qatar

11. Delhi, India

12. Singapura

13. Zurich, Switzerland

14. Brighton, UK

15. Edinburgh, UK

16. Oslo, Norway

17. Jakarta, Indonesia

18. Warsaw, Poland

19. Tallinn, Estonia

Apa