Sita premis GISBH, Terengganu waspada elak disaman

LocalPolitics
2 Oct 2024 • 8:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu lebih berhati-hati dalam mengendalikan urusan sitaan terhadap premis perniagaan milik Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) di negeri itu.

Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pihaknya akan meneliti dari sudut perundangan terlebih dahulu bagi mengelakkan risiko saman daripada mana-mana pihak.

“Kita akan tengok dari segi peruntukan undang-undang, apa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa negeri boleh buat. Kita biar ikut peraturan…kalau tidak akan ada risiko saman.

'Akan ambil masa sedikit untuk rujuk pihak berkuasa agama dan undang-undang sebelum mengambil langkah seterusnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup seminar ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Terengganu penggal 2024-2026.

SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Samsuri sebelum ini dilaporkan berkata, urusan pembatalan atau penggantungan lesen akan ditentukan hasil mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang diadakan baru-baru ini.

"Belum ada kemas kini soal lesen ini. Isu lain pun kita akan tengok sekali gus mengelakkan kelompangan dalam penguatkuasaan yang boleh membuka tindakan undang-undang pula (dari GISBH)," katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.