'Siti' dah ditemui, bawa pulang RM1000!

30 Jul 2024 • 9:10 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PANTAS, tangkas dan pintar.

Itu antara ciri-ciri yang ada pada Siti Suryani Othman yang muncul juara bagi Pertandingan Mencari Siti.

Untuk makluman, program yang berlangsung anjuran SinarPlus dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu diadakan pada Sabtu Di Karnival Rakyat Karangkraf 2024.

Dalam program tersebut, Siti Suryani berjaya merangkul wang tunai RM1,000, hamper dan jambangan bunga.

Sementara tempat kedua dimenangi oleh Siti Khairul Bariah Kamaluddin yang berjaya membawa pulang RM500, hamper dan jambangan bunga.

Bagi tempat ketiga pula dimenangi oleh Siti Norhanifah Mustakim dengan hadiah wang tunai sebanyak RM300, hamper dan jambangan bunga. Manakala dua pemenang lain dipilih untuk saguhati sebanyak RM100 setiap seorang berserta hamper dan jambangan bunga.

image is not available
Siti Suryani berjaya merangkul wang tunai RM1,000, hamper dan jambangan bunga.


image is not available
Siti Khairul Bariah Kamaluddin berjaya membawa pulang RM500, hamper dan jambangan bunga.

image is not available
Siti Norhanifah Mustakim dengan hadiah wang tunai sebanyak RM300, hamper dan jambangan bunga.

Menurut Editor Eksekutif Lifestyle Sinar Harian, Meen Tahrin, 'Siti' sebenar dipilih berdasarkan keupayaan dan ketangkasan menyelesaikan cabaran.

"Mencari Siti merupakan satu program yang julung-julung kali diadakan. Ia bertujuan menghimpunkan seberapa ramai wanita yang bernama ‘Siti’ pada hari kedua karnival berlangsung," kata Meen Tahrin.

Cabaran diberikan adalah berdasarkan ciri-ciri wanita Melayu yang mampu membawa gelaran Siti sebagai wanita Melayu terakhir. Antaranya memasukkan benang dan jahit butang, kupas bawang, kupas kentang tak putus dan musang berjanggut.

image is not available
Peserta sedang fokus menjahit butang di atas kain yang disediakan.


image is not available
Begitu tekun maisng-masing menjahit butang.


image is not available
Cabaran 'makanan' semua siti, kupas bawang.


image is not available
Nampak mudah, namun memasukkan benang ke dalam jarum juga memerlukan skill yang tersendiri untuk laju.


image is not available
Cabaran memotong kentang tidak putus memerlukan konsentrasi yang tinggi.


image is not available
Bukan mudah mengasingkan bahan dalam cabaran musang berjanggut.

Seramai 35 orang peserta hadir telah melalui proses saringan dan hanya lima orang sahaja berjaya mara ke peringkat akhir.

Lima finalis berkenaan perlu melengkapkan suai padan gambar berupa logo Sambutan Jubli Mutiara ulang tahun ke-30 LZS sebelum diuji tahap kepintaran mereka dengan menjawab soalan yang disediakan pihak penganjur.

Tiga orang juri yang dilantik bagi sesi tersebut terdiri daripada Pengurus Besar Operasi Sinar Karangkraf, Naquiah Muhamad Noor, Ketua jabatan media dan editorial LZS, Ima Syuhada Ismail dan naib juara dewi remaja 2019, Adriana Ghafar.

image is not available
Saringan dibuat bagi memilih peserta yang layak ke peringkat seterusnya.


image is not available
Pengurus Besar Operasi Sinar Karangkraf, Naquiah Muhamad Noor beri sedikit cenderamata kepada Ketua jabatan media dan editorial LZS, Ima Syuhada Ismail

Setiap peserta dinilai daripada segi pengetahuan, penampilan dan kreativiti mereka dalam menjawab soalan yang telah diberikan.

Dalam pada itu, majlis turut dimeriahkan lagi sesi perkongsian daripada Dr Siti Nor Raha Tuhaijan yang pastinya boleh dijadikan aspirasi dalam kalangan kaum wanita Muslimah berjaya.

Pemilik Klinik Camellia sebelum itu merupakan seorang bekas penerima bantuan dari Lembaga Zakat Selangor. Siapa sangka, kini beliau dah berjaya dan bergelar Doktor berkat daripada bantuan zakat.

image is not available
Dr Siti Nor Raha Tuhaijan beri perkongsian.


image is not available
Tahniah kepada semua Siti yang terlibat dalam pencarian Siti. Anda memang hebat!