Siti Elizad terharu Raja Permaisuri usap perut, titip doa dikurniakan zuriat

10 Jul 2023 • 10:45 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin gembira dan terharu atas keprihatinan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menitipkan doa supaya dikurniakan zuriat.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, pelakon berusia 39 tahun itu berkata, dia tersentuh hati apabila Tuanku Azizah turut mengusap perutnya sekali gus berkongsi berkat selepas baginda pulang dari mengerjakan ibadah haji.

“Terima kasih Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keprihatinan dan doa indah daripada TuanKu yang tak henti-henti dari dulu lagi,” tulisnya.

Hantaran tersebut memaparkan beberapa keping gambar Siti Elizad dan baginda bertemu di sebuah acara golf amal di Impian Golf & Country Club, Saujana Impian, Kajang semalam.

Pada masa sama, penyampai radio Sinar FM itu memohon doa orang ramai agar dirinya dapat memiliki cahaya mata selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

“Tak nak apa-apa, nak minta aminkan je,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rakan artis dan pengikut mengaminkan doa berkenaan serta menitipkan kata-kata positif buat pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu.

Amin!

image is not available

Saya doakan ‘pejuang garis dua’ dapat zuriat

image is not available

Semoga doa diangkat Allah SWT

image is not available

Sebelum ini, Siti Elizad pernah menerima panggilan Tunku Azizah yang berkongsi pengalaman melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk memperoleh cahaya mata.

Difahamkan, baginda yang juga Penaung Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) menempuh perjalanan rawatan tersebut sebanyak 17 kali.

Sumber: Instagram Elizad Sharifuddin