Siti Mastura Gagal Kemuka Bukti Dalam 48 Jam, DAP Buat Laporan Polis

Politics
9 Nov 2023 • 4:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selepas 48 jam, pemimpin DAP membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen (MP) Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad yang gagal kemukakan bukti berhubung tuduhannya baru-baru ini.

Sebelum ini, Siti Mastura menuduh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin komunis Chin Peng, lapor Malaysiakini.

image is not available

Foto: Malaysiakini

Tidak cukup dengan itu, MP Kepala Batas itu juga menuduh Guan Eng mempunyai hubungan keluarga dengan Perdana Menteri Pertama Singapura, Lee Kuan Yew.

Laporan polis itu telah dibuat MP Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid di ibu pejabat polis daerah Brickfields, Kuala Lumpur hari ini.

Syerleena berkata dalam laporan polis, kandungan yang dikongsi dalam bentuk video di platform Youtube itu tidak berasas, fitnah, palsu dan berniat jahat.

“Dr Siti Mastura tidak memberi penjelasan atau bukti untuk menyokong semua tuduhannya walaupun diberi peluang,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng memberikan Siti Mastura tempoh 48 jam untuk membuktikan dakwaannya sebelum pihak DAP mengambil tindakan lanjut.

Tempoh tersebut telah tamat pada hari ini namun masih tiada sebarang maklum balas daripada pihak Siti Mastura, maka Guan Eng telah mengambil tindakan seterusnya.

Foto: Reddit

Terdahulu, Mastura membuat tuduhan Guan Eng mempunyai hubungan keluarga dengan dua individu dalam satu program PAS di Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

Dia juga mendakwa bapa kepada Guan Eng, Lim Kit Siang juga mempunyai hubungan keluarga dengan pemimpin DAP termasuklah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Dalam laporan polis yang difailkan Syerleena, kenyataan itu merupakan kesalahan bawah Seksyen 504 (pecah keamanan) dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan (menyebabkan khianat awam).

Katanya, ia juga melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana melakukan fitnah jenayah.

Ketika ditemui media, Syerleena mengingatkan Siti Mastura mengenai hadis bahawa Allah melaknat orang yang menabur fitnah.

“Mastura mungkin terlalu baru dalam politik di Malaysia atau tidak cukup terdedah kepada perkembangan isu semasa sehingga begitu dangkal akal fikirnya.

image is not available

Foto: Malaysiakini

“Dia sanggup memperjudikan reputasi sendiri sebagai seorang pembohong dan orang yang membangkitkan fithah yang sedang tidur.
“Saya yakin DAP ini tentunya tidak layak untuk memetik ayat-ayat agama di mata Dr Mastura. Namun saya percaya beliau lebih terpelajar tentang hal ini,” kata Syerleena.

Sumber: Malaysiakini