Siti Nurhaliza bakal digelar Biduanita Negara, kerajaan mula langkah pertama

4 Apr 2024 • 10:49 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hasrat peminat untuk melihat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa gelaran Biduanita Negara bakal tercapai apabila pihak kerajaan memulakan langkah pertama bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Siti Nurhaliza bakal digelar Biduanita Negara

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa fasa awal untuk memberikan pengiktirafan itu sudah dilaksanakan dan proses itu akan memakan masa untuk diteliti, namun pihaknya akan cuba mempercepatkan perkara tersebut.

“Perkara ini dalam proses perbincangan dalaman. Jadi, belum sesuai untuk saya kongsi butiran lanjut.

“Saya ada bangkitkan perkara itu dan ada perbincangan dalaman. Cuma ia akan mengambil masa dan kita akan cuba lihat apa boleh dilakukan untuk percepatkan proses itu,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Pengamal Media di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.

image is not available

Walau bagaimanapun, Fahmi tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai prosedur penganugerahan dibuat.

Sementara itu, Siti Nurhaliza yang diminta mengulas perkara itu berkata, dia tidak terlalu berharap dengan gelaran berkenaan kerana karier nyanyian yang diceburi dilakukan atas dasar minat.

Terdahulu, usul untuk menganugerahkan Siti Nurhaliza dengan gelaran Biduanita Negara timbul selepas kejayaan pelantun Kesilapanku Keegoanmu itu menganjurkan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza pada Mac lalu.

image is not available

Untuk rekod, hanya dua penyanyi setakat ini pernah mendapat gelaran Biduanita Negara iaitu Datuk Sharifah Aini dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Sumber: Berita Harian (Farihad Shalla Mahmud), Instagram @ctdk