Siti Nurhaliza Beli Rumah Mewah RM13 Juta di Dubai, Jadi Inspirasi Anak

28 Dec 2022 • 4:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kondominium mewah yang dibeli oleh Siti Nurhaliza dipercayai terletak di The Address Beach Resort, Dubai. - Gambar dari Instagram Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi beberapa video menunjukkan kondominium mewah baharunya di Dubai. 

Dalam beberapa video di laman Instastory, Siti tersenyum menunjukkan suasana rumahnya yang menghadap laut, dipercayai terletak di The Address Beach Resort. 

Bangga dengan kejayaan Siti, anaknya tirinya, Muhammad Asyraf Khalid juga terinspirasi dengan usaha gigih yang dilakukan ibunya selama ini. 

Asyraf juga sempat berkongsi foto rumah itu di laman Instastory dan mengucapkan tahniah. 

“Tahniah Mak Iti kerana berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai. Saya sangat gembira dan bangga melihat kejayaan Mak Iti.

“Kejayaan ini juga menjadi inspirasi buat saya dan Tya untuk lebih berjaya," tulis Asyraf di Instagram Story miliknya.

Menurut Asyraf, dia turut memasang impian untuk mencapai kejayaan dan dimurahkan rezeki.

"Doakan satu hari nanti, saya boleh ikut jejak langkah Mak Iti. Saya doakan Allah akan murahkan rezeki lagi untuk ayah dan Mak Iti,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Asyraf juga menegaskan Siti memang layak mendapatkan kemewahan dan keselesaan hari ini melihat kepada usaha penyanyi itu yang tidak pernah patah semangat. 

Mak Iti memang layak untuk menerima semua ini atas segala usaha dan penat lelah yang dilakukan selama ini. Harapnya, lepas ni kalau ke Dubai, dah tak perlulah sewa hotel," tulisnya. - Getaran, 28 Disember 2022