Siti Nurhaliza Buat Kejutan, Bakal Adakan Konsert Di Axiata Arena Tahun Depan

Entertainment
19 Dec 2023 • 5:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau kita perhatikan tahun ni, memang ramai artis buat konsert, tak kiralah artis tempatan mahupun antarabangsa. Sudah semestinya tahun 2024 nanti, pasti rancak lagi, salah satunya adalah penyanyi nombor satu negara kita, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mengadakan konsert pada tahun depan.

Pengumuman konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza itu dibuat menerusi Instagram miliknya hari ini.

Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza ini akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada jam 8.30 malam dan tiket mula dijual pada 21 Disember ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menjengah ke ruangan komen, pastinya ramai yang begitu teruja terutamanya dalam kalangan peminat termasuklah rakan artis sendiri. Dalam keterujaan peminat, ramai juga yang meminta untuk adakan konsert itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Ada juga dalam kalangan peminat dari negara jiran, mahukan Siti Nurhaliza untuk melakukan konsert di Jakarta. Hurmm, kalau TokTi dah buat, confirm ramai nak pergi kan?

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.