Siti Nurhaliza enggan panjangkan isu solat tanpa telekung

LocalEntertainment
27 Feb 2026 • 12:03 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, memilih untuk tidak mengulas panjang isu gambar dirinya menunaikan solat tanpa memakai telekung yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menurut Biduanita Negara itu, perkara berkaitan ibadat tidak wajar diperbesarkan, tambahan pula penjelasan sudah diberikan oleh pihak yang lebih arif dalam soal agama.

Memetik laporan Berita Harian, Siti berkata beliau tidak perlu memberi penjelasan lanjut kerana umat Islam sendiri memahami tuntutan menutup aurat ketika solat.

“Bagi saya, bulan Ramadan mulia ni kita husnuzon je. Kadang-kadang orang tegur kita, mungkin ada kekurangan kita,” katanya.

Jelasnya, pemakaian jubah ketika bersolat bukan perkara baharu dan bukan bertujuan mempengaruhi sesiapa. Baginya, apa yang penting adalah menutup aurat dengan sempurna sebagaimana ditetapkan agama.

“Solat guna jubah, bukan bermula dari saya. Kita semua tahu solat perlu tutup aurat. Tidaklah saya buat itu untuk orang ikut saya. Saya fikir ini terpulang kepada individu.

“Apa yang ditetapkan agama seperti menutup aurat ketika solat dengan sempurna, itu sudah cukup untuk kita tahu,” katanya.

Baca juga:

Dalam masa sama, Siti mengakui setiap pandangan boleh dijadikan peringatan, namun berharap ia tidak menjurus kepada fitnah.

Berpengalaman hampir 30 tahun dalam industri seni, beliau memahami lumrah menjadi anak seni yang sentiasa menjadi perhatian dan akan bersuara terhadap perkara yang dirasakan perlu. Jelasnya, jika beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, ia bermakna perkara tersebut tidak memberi kesan kepada dirinya.

Terdahulu, tular gambar Siti Nurhaliza yang mengenakan jubah ketika menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemakaian berkenaan menimbulkan persoalan ramai adakah sah solat beliau.

Menjawab kekeliruan tersebut, Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Kashim menjelaskan solat Siti Nurhaliza adalah sah kerana penyanyi itu telah menutup aurat dengan sempurna ketika menunaikan ibadah tersebut.

The post Siti Nurhaliza enggan panjangkan isu solat tanpa telekung appeared first on The Reporter.