Netizen Pertikai Telekung, Dr Mohd Izhar Jawab Solat Siti Nurhaliza Sah

26 Feb 2026 • 10:11 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini tular di media sosial isu melibatkan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dilihat solat tanpa memakai telekung sembahyang.

Perkara ini mencetuskan perdebatan apabila ada netizen mempersoalkan adalah sah solat tersebut.

Mohd Izhar Ariff jelaskan telekung bukan syarat sah solat

Menjawab persoalan itu, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Profesor Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff menjelaskan solat itu adalah sah.

image is not available

Menurutnya, apa yang penting dalam solat adalah menutup aurat dengan sempurna. Pemakaian telekung pula hanyalah budaya masyarakat setempat dan bukan termasuk dalam rukun atau syarat sah solat.

Pssttt! Dalam hal ibadah, sebaiknya kita rujuk pada ilmu sebelum terus menghukum. Jangan kerana kebiasaan budaya, kita anggap ia sebagai syarat wajib. Belajar dan faham dulu, barulah tenang dalam beragama.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Netizen Pertikai Telekung, Dr Mohd Izhar Jawab Solat Siti Nurhaliza Sah appeared first on Oh! Media.