

Siti Nurhaliza Infak 5,000 Aiskrim Buat Jemaah Umrah
Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menginfakkan sebanyak 5,000 aiskrim buat para jemaah di Makkah semasa menunaikan umrah bersama keluarganya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian daripada agensi umrah dan haji, Jay Ibrahim Al Islam di Instagram, Siti bersama anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa mengedarkan ribuan aiskrim kepada jemaah haji yang lalu di kawasan mereka berkumpul.
Siti yang mengenakan pakaian berwarna oren memegang dan membuka kotak kecil berisi aiskrim menuju ke laluan yang digunakan para jemaah untuk mengedarkan pemanis mulut itu.
Aafiyah dan Afwa yang menemani ibunya turut melakukan perbuatan yang sama seperti Siti, menghulurkan aiskrim dengan tangannya sendiri kepada penerima.

Sumbangan yang dilakukan telah mendapat sambutan ramai di mana para jemaah haji tidak henti-henti mengambil aiskrim sekali gus membuatkan Siti berasa gembira yang tidak terhingga.
Sesi pengedaran itu juga berjalan lancar selepas orang ramai berkerumun untuk mendapatkan aiskrim daripada penyanyi nombor satu negara terbabit.
Ketika penyanyi berusia 45 tahun itu sedang sibuk mengedarkan aiskrim, datang seorang kanak-kanak perempuan menghulurkan tangan kepada pelantun lagu Cindai berkenaan.
BACA: “Selalu Jerit Siti! Siti!” Tokti Akui Dengar Jeritan Peminat & Pernah Sahut Ketika Berada Di Rumah
Kanak-kanak minta salam
Pada mulanya, Siti memikirkan kanak-kanak tersebut mahu mengambil aiskrim namun apabila disuakan kotak kepadanya, dia masih tidak mengambil aiskrim tersebut.
Siti yang pantas membaca situasi cepat-cepat menyambut salam tangan kanak-kanak itu dan kemudian menciumnya.
Kemudian, seorang lagi kanak-kanak yang melihat perbuatan tersebut juga tidak melepaskan peluang untuk melakukan perkara yang sama.

Dua kanak-kanak tersebut dilihat sangat gembira apabila menerima aiskrim tersebut dan dengan perlahan meninggalkan tempat itu.
Dalam pada itu, agensi tersebut turut mengadakan sambutan majlis hari jadi Siti di mana ia menyediakan kek yang dihiasi dengan gambar keluarga penyanyi tersebut.
Tidak hanya itu, jambangan bunga turut diberikan ketika sambutan tersebut diadakan dalam bilik berhadapan dengan pemandangan kaabah.
Sumber: jayibrahimalislam/Instagram
The post Siti Nurhaliza Infak 5,000 Aiskrim Buat Jemaah Umrah appeared first on Siakap Keli.



