SitiZoner Main PUBGM Layan Lagu Aku Cinta Padamu, Undang Tawa Netizen

Entertainment
31 Dec 2023 • 4:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan ucapan dari penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza kepada pasukan HomeBois pada Kejohanan Dunia M5.

Rentetan peristiwa tersebut, ramai juga peminat Tokti yang juga antara peminat e-Sukan ‘keluar dari tempat persembunyian’ dan mula membuat pelbagai video klip permain video PUBGM dengan menggunakan lagunya.

Lagu Aku Cinta Padamu antara lagu hit Tokti menjadi pilihan dan mendapat pelbagai reaksi peminat permainan video tersebut.

Rupa-rupanya, ramai yang menjadikan lagu itu sebagai ‘lagu healing’ kepada pemain PUBGM yang sedang bertarung di medan perang.

Video klip game itu menjadi tular dan mendapat ribuan tanda suka dan ratusan komen.

Lain macam SitiZoner, dalam PUBGM pun dia boleh buat video macam tu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved