Siti Nurhaliza Menangis Mohon Doa Untuk Rakyat Palestin

20 Oct 2023 • 2:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak apabila meminta orang ramai mendoakan saudara sesama Islam yang sedang berjuang di Palestin ketika ini.

 

Menerusi hantaran di Instagram Story memperlihatkan Siti Nurhaliza yang dipercayai usai mendirikan solat dalam keadaan menangis ketika berkongsi perkara itu.

 

Siti kemudian didatangi anak perempuannya iaitu Siti Aafiyah yang bertanyakan mengapa dirinya menangis sebelum dia menjawab "tolong doakan Palestin okay".

 

Terdahulu, Siti memaklumkan beberapa perkongsian yang dimuat naik sebelum ini di Instagram miliknya berhubung isu Palestin sudah mula disekat.

 

Siti Nurhaliza Taruddin, 44, bagaimanapun berkata, hal tersebut tidak menghalang atau membuatnya berhenti untuk terus menyebarkan kesedaran mengenai penderitaan saudara sesama Islam di Palestin.

 


image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved