Siti Nurhaliza Mohon Maaf, Akui Khilaf Promosi Produk Tanpa Selidik

Entertainment
24 Feb 2025 • 5:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi tersohor di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin?

Sikap dan gayanya yang lemah lembut serta sopan santun menjadikan beliau kekal relevan sebagai salah seorang artis yang paling dihormati dan mempunyai peminat setia hingga kini.

Malah disebabkan reputasinya sebagai penyanyi nombor satu negara, setiap perkongsian atau tindakan beliau sering mendapat perhatian ramai.

Mohon Maaf Promosi Produk Tanpa Selidik

Terbaharu, Siti Nurhaliza yang mula dikenali melalui lagu Jerat Percintaan itu memohon maaf atas kecuaiannya mempromosikan produk berasaskan nikotin di media sosial.

Jelas penyanyi yang berusia 46 tahun itu, dia terkhilaf dalam membuat perkongsian berkenaan tanpa menyelidik dan mengetahui terlebih dahulu produk yang dipromosikan itu.

“Maaf atas khilaf saya mengenai produk yang saya masukkan di IG (Instagram) feed saya sebelum ini. 

“Saya sedar ini adalah khilaf saya tanpa menyelidik atau mengetahui sepenuhnya mengenai produk terbabit,” tulisnya di Instagram (IG) Story miliknya.

Terima Kasih Atas Teguran, Sudah Padam Hantaran Di Media Sosial

Tambah Siti lagi, dia berterima kasih kepada pihak yang menegurnya. Malah, hantaran berkenaan juga sudah dipadam.

“Terima kasih di atas teguran, pemberitahuan dan juga memaklumkan hal ini kepada saya.

“Saya sudah memadamkan hantaran itu dan terima kasih sekali lagi di atas teguran yang diberikan,” jelasnya.

image is not available
Foto: Tangkap Layar IG Story @ctdk

Perkongsian Tentang Produk Nikotin Dapat Perhatian Ramai Termasuk Public Health Malaysia

Terdahulu, Siti telah memuat naik hantaran yang mempromosikan produk nikotin di Instagram rasmi miliknya.

Produk itu dipercayai merupakan perniagaan yang dijalankan oleh anak tirinya sendiri, iaitu Aazief Khalid.

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian ramai termasuklah Public Health Malaysia (PHM) di media sosial mereka yang menegur tindakan penyanyi berkenaan

Pengendali akaun PHM berpendapat Siti Nurhaliza merupakan ikon yang dihormati ramai dan boleh memberi pengaruh sangat besar kepada masyarakat.

Malah, mereka juga turut berkongsikan kesan promosi barang nikotin tersebut kepada orang ramai khususnya golongan muda.

Source: