“Terima Kasih Atas Teguran..” – Siti Nurhaliza Mohon Maaf, Akui Khilaf Promosi Produk Tanpa Selidik

LocalEntertainment
24 Feb 2025 • 3:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tampil memohon maaf serta mengakui kesilapannya selepas menerima teguran berhubung tindakannya mempromosikan produk mengandungi nikotin di media sosial.

Siti, atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin, mengakui terlepas pandang dan tidak menyelidik dengan teliti sebelum berkongsi mengenai produk tersebut.

image is not available

Maaf atas khilaf saya mengenai produk yang saya masukkan di IG (Instagram) feed saya sebelum ni.

 

Saya sedar ini adalah khilaf saya tanpa menyelidik atau mengetahui sepenuhnya mengenai produk tersebut.

Dalam pada itu, penyanyi itu mengucapkan terima kasih atas teguran yang diberikan dan memaklumkan sudah memadam hantaran tersebut.

Terima kasih atas teguran, pemberitahuan dan juga memaklumkan ini kepada saya.

 

Saya sudah memadam hantaran tersebut dan terima kasih sekali lagi di atas teguran yang diberikan.

image is not available

Sebelum ini, Siti memuat naik sebuah hantaran mempromosikan produk nikotin yang dipercayai merupakan perniagaan yang dijalankan oleh anak tirinya iaitu Aazief Khalid.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuk dari laman Facebook Public Health Malaysia yang menegur tindakan penyanyi berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 weeks ago

Siti Nurhaliza Ramal 5 Penyanyi Yang Bakal Julang Trofi Vokal Terbaik AJL39 - "Mereka Miliki Suara Yang Dahsyat"