Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

23 Apr 2024 • 8:32 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar Instagram Siti Saleha

Pelakon, Siti Saleha berkongsi kejayaannya menakluki puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Di akaun Instagramnya, beliau turut berkongsi detik-detik perjalanannya mulai Pondok Timpohon hinggalah ke puncak gunung berkenaan.

image is not available

"Perasaan itu ketika anda berjaya sampai ke puncak. Ia bukan sesuatu yang mudah dan saya tidak akan berjaya melakukannya jika bukan kerana awak Joshua. Kita berjaya lakukannya," kongsinya.

Menerusi video kedua yang dikongsi beliau berkata: "Berjaya mendaki Gunung Kinabalu. Sekarang saya perlukan rehat. Kaki saya perlukan rehat".

image is not available

Sebelum ini, Siti Saleha mengesahkan beliau sedang menjalinkan hubungan dengan Joshua Fitton, seorang pereka fesyen jenama terkemuka tempatan, Atelier Fitton. 

Bagaimanapun, beliau memaklumkan mereka berdua tidak terburu-buru untuk segera berkahwin dan lebih selesa untuk melayari hubungan itu dengan tenang.

image is not available

Pada masa sama, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu meminta orang ramai mendoakan supaya agar jodoh mereka dipanjangkan ke fasa seterusnya.

Sementara itu, pasangan kekasih itu difahamkan sedang bercuti di Pulau Gaya, Sabah.

image is not available

Menurut Siti Saleha, bersempena dengan sambutan Hari Bumi yang disambut 22 April setiap tahun, mereka berpeluang menanam pokok bakau di pulau berkenaan. - Getaran, 23 April 2024