Siti Saleha dipuji cantik berbanding pelakon Korea -“Dia lebih menonjol kat belakang!”

LocalEntertainment
26 Sep 2024 • 9:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Siti Saleha dipuji

Aktres Siti Saleha dipuji cantik berbanding pelakon Korea Selatan ketika Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan, semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dapat dilihat pelakon Korea Selatan terkenal yang dikenali sebagai Kim Hye Yoon antara penerima anugerah dalam majlis tersebut.

Siti Saleha dipuji

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah kelibat Siti Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum, 34, yang berada di belakang aktres Korea terbabit telah berjaya tarik perhatian ramai.

image is not available

Siti Saleha jauh lebih cantik berbanding pelakon Korea tu!

Mana tidaknya, ramai lebih tertarik untuk melihat penampilan Siti Saleha selain memujinya jauh lebih cantik berbanding aktres Korea Selatan tersebut.

image is not available image is not available

Pandai MUA make up Siti Saleha

Bukan itu sahaja, ada individu yang kagum dengan hasil solekan make up artist (MUA) Siti Saleha yang tampak menawan serta tidak terlalu menonjol sekaligus menaikkan seri wajah aktres terbabit.

image is not availableimage is not available

Semalam, Siti Saleha telah mengharumkan nama negara apabila diumumkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik – Malaysia.

Dalam kemenangan tersebut, Siti Saleha berjaya mengenepikan pesaing dari negara Asia lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina termasuk negara tuan rumah, Korea Selatan.

Siti Saleha dipuji

image is not available

Sumber: TikTok @bws31