Siti Saleha Selamat Bernikah Dengan Pereka Fesyen

LocalEntertainment
15 Feb 2025 • 11:17 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Siti Saleha Selamat Bernikah Dengan Pereka Fesyen

Siti Saleha dilapor selamat mendirikan rumah tangga dengan Joshua Fitton dengan sekali lafaz, lapor Astro Awani.

Majlis akad nikah yang menyatukan antara pelakon dengan pereka fesyen terkenal itu dilaporkan diadakan di Janda Baik, Bentong di Pahang, kira-kira pukul 9 pagi hari ini.

Siti Saleha selamat bernikah, bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton

Difahamkan, majlis yang diadakan di sebuah resort mewah itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat kepada pasangan suami isteri berkenaan.

Siti Saleha menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.

Dalam majlis itu juga, pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas pengantin perempuan sebanyak tujuh hantaran.

Kenakan busana pengantin rona putih

Menurut Astro Awani lagi, Siti Saleha dan Joshua Fitton mengenakan busana pengantin rona putih yang dihasilkan oleh Atelier FITTON.

Manakala Khir Khalid dan Yusof Ruzaimi bertindak sebagai penata rias.

Sumber: Astro Awani