Sivasangari Cipta Sejarah, Rangkul Gelaran Juara Di Hong Kong

27 Nov 2023 • 11:49 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ratu skuasy negara S. Sivasangari melakar kejayaan membanggakan selepas dinobatkan sebagai juara Kejohanan Skuasy Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong, kelmarin.

Sivasangari, pemain ranking ke-22 dunia hanya memerlukan 34 minit bagi menundukkan wakil Mesir Amina Orfi yang merupakan Juara Dunia Remaja 2022 dan 2023 dengan keputusan 11-9, 11-8, 11-5.

Sivasangari juara Hong Kong

image is not available

Lebih manis, ia merupakan gelaran juara kedua Sivasangari pada tahun ini selepas menjuarai Kejohanan Piala Tuanku Mukhriz pada Ogos lepas.

“Sepanjang minggu ini saya rasa sedikit gementar pada pusingan pertama … saya rasa tidak selesa tetapi setiap hari permainan saya bertambah baik dan membawa kemajuan.

“Saya amat gembira terutamanya dapat mengatasi pemain berbakat seperti (Amina) ,” kata atlet kelahiran Sungai Petani, Kedah itu menerusi klip audio dikongsikan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di laman X.

image is not available

Sementara itu, hasrat jaguh skuasy lelaki negara Ng Eain Yow untuk melakar kejayaan sama pada kejohanan itu tidak kesampaian apabila tewas di tangan wakil Mesir Aly Abou Eleinen.

Eain Yow yang menghuni ranking ke-21 dunia itu dipaksa bermain empat set dan tewas dengan keputusan 6-11, 11-5, 7-11, 7-11.

image is not available

Sumber: BERNAMA