Sivasangari terlepas final Qatar Classic

18 Sep 2026 • 8:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sivasangari terlepas final Qatar Classic
Sivasangari tidak berjaya melangkah ke final Kejohanan Qatar Classic selepas akur kepada pemain nombor satu dunia dari Mesir, Hania El Hammamy, pada aksi separuh akhir di Doha, semalam.

PEMAIN skuasy wanita negara, S Sivasangari tidak berjaya melangkah ke final Kejohanan Qatar Classic selepas akur kepada pemain nombor satu dunia dari Mesir, Hania El Hammamy, pada aksi separuh akhir di Doha, semalam.

Sivasangari yang turun selaku pilihan keempat memulakan aksi dengan baik apabila memenangi set pertama 11-8.

Bagaimanapun, Hania bangkit menguasai dua set berikutnya 11-9, 15-13 sebelum Sivasangari kembali memperkemas permainan untuk merampas set keempat 11-8, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pertarungan sengit berterusan pada set kelima sebelum Hania mempamerkan ketenangan pada saat genting untuk menang 12-10, sekali gus menamatkan cabaran wakil Malaysia itu.

Hania dijadual berdepan rakan senegara Amina Orfi pada aksi final selepas pemain berkenaan menewaskan Jasmine Hutton dari England 11-5, 11-6, 11-6 dalam satu lagi aksi separuh akhir. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved