SK Hynix Kini Mengatasi Samsung Electronics Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Korea Selatan

LocalBusiness & Finance
22 Jun 2026 • 3:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SK Hynix Kini Mengatasi Samsung Electronics Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Korea Selatan

Korea Selatan nampaknya kini sedang memperlihatkan satu anjakan paradigma dalam sektor pembangunan teknologi mereka. Reuters hari ini telah melaporkan bahawa SK Hynix, syarikat pengeluar komponen cip memori terbesar di dunia telah memperlihatkan nilai pasaran setinggi 2082.5 trillion won ($1.35 trillion) menjadikan nilainya sedikit lebih tinggi berbanding Samsung Electronics yang mencatatkan nilai pasaran 2,081.3 trillion won ($1.31 trillion).

Image from: SK Hynix Kini Mengatasi Samsung Electronics Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Korea Selatan

Seperti yang dikatakan, SK Hynix ialah syarikat pengeluar memori yang terbesar di dunia, menyumbang peratusan besar terhadap penggunaan memori khususnya dalam sektor AI, yang mana mereka kini juga pemegang pasaran terbesar untuk pengeluaran memori High Bandwidth Memory pada suku pertama 2026 dengan 58 peratus pasaran menurut laporan Counterpoint yang terkini..

Samsung Electronics tidak jauh ketinggalan, dan perlu diingat bahawa Samsung mempunyai lebih banyak jenis perniagaan berbanding dengan SK Hynix. Samsung Foundry, anak syarikat Samsung yang bertanggungjawab untuk menghasilkan cip-cip semikonduktor juga dilihat menghasilkan komponen-komponen yang sedikit berbeza berbanding Samsung, seperti cip memori DRAM untuk peranti pengguna, cip logik dan sebagainya.

Tetapi buat masa ini, takhta syarikat paling bernilai di Korea Selatan telah diambil-alih oleh SK Hynix, dan mereka dijangka akan mengekalkan kedudukan tersebut selagi mana komponen cip memori HBM masih lagi mempunyai permintaan tinggi oleh pasaran AI.

Sumber: Reuters

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved