DXN tutup operasi di Korea Selatan selepas tidak aktif sejak 2021, tiada impak material kepada kumpulan

LocalBusiness & Finance
4 Jun 2026 • 6:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

DXN tutup operasi di Korea Selatan selepas tidak aktif sejak 2021, tiada impak material kepada kumpulan Image from: DXN tutup operasi di Korea Selatan selepas tidak aktif sejak 2021, tiada impak material kepada kumpulan amree04/06/2026 - 18:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 JunDXN Holdings Berhad memulakan proses pembubaran anak syarikat milik penuhnya di Korea Selatan, DXN Korea Co Ltd, selepas syarikat itu tidak lagi aktif beroperasi sejak 2021.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata, DXN Korea mengemukakan permohonan pendaftaran pembubaran pada 12 Mei 2026 mengikut prosedur ditetapkan di bawah undang-undang Korea Selatan.


Syarikat itu ditubuhkan pada 1 Ogos 2017 dengan modal saham terbitan berjumlah 300 juta won Korea Selatan (RM784,735) dan pernah aktif menjalankan operasi sebelum menghentikan aktiviti perniagaan.


"Selepas subsidiari tersebut beroperasi secara aktif sejak penubuhannya, DXN Korea sudah lebih lima tahun tidak lagi aktif dari segi operasi sejak 2021," jelas DXN dalam satu kenyataan.


Katanya, proses pembubaran tersebut tidak dijangka memberi kesan material terhadap pendapatan, aset bersih atau kedudukan penggearan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari 2027.


Langkah berkenaan dilihat sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi struktur korporat kumpulan dengan menutup operasi yang tidak lagi menyumbang kepada aktiviti perniagaan teras.


DXN turut mengesahkan tiada pengarah, pemegang saham utama atau pihak yang ada kaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam proses pembubaran itu.


"Lembaga Pengarah DXN turut berpendapat yang tindakan tersebut adalah selaras dengan pengurusan operasi dan kepentingan terbaik kumpulan," tegasnya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved