SK Mentera semarak semangat merdeka sempena hari Malaysia

30 Sep 2026 • 6:34 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: SK Mentera semarak semangat merdeka sempena hari Malaysia

Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Mentera terus menyemarakkan semangat cintakan negara menerusi Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Dewan Aman Perdana, di sini, semalam.

Majlis tersebut menghimpunkan murid dan guru dalam suasana meriah dengan pelbagai pengisian yang bukan sahaja menghiburkan, malah memberi peluang kepada murid menghayati sejarah dan erti kemerdekaan.

Guru Besar SK Mentera, Ruzaini Ab Sattar berkata, sambutan berkenaan menjadi platform penting untuk meningkatkan kesedaran murid tentang sejarah serta kepentingan kemerdekaan negara.

“Program ini memberi peluang kepada murid memahami sejarah negara dan menyemai rasa cinta kepada Malaysia melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut.

Penyelaras program, Ridhwan Abdul Hamid berkata, penglibatan aktif warga sekolah sepanjang sambutan turut membantu meningkatkan pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan Malaysia serta memupuk semangat patriotik.

Majlis dimulakan dengan Pertandingan Pakaian Beragam Merdeka, diikuti nyanyian Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah.

Suasana bertambah meriah apabila murid dan guru menyanyikan lagu patriotik Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pelbagai pertandingan yang diadakan sepanjang Bulan Kemerdekaan sebelum warga sekolah bersurai dengan membawa pengalaman bermakna untuk terus menghargai kemerdekaan dan mencintai negara.-UTUSAN

The post SK Mentera semarak semangat merdeka sempena hari Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved