Semarak Malaysia DUN Pandan Indah perkukuh perpaduan komuniti

16 Sep 2026 • 10:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Semarak Malaysia DUN Pandan Indah perkukuh perpaduan komuniti

SHAH ALAM, 16 SEPT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terus memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan masyarakat menerusi penganjuran Program Komuniti Semarak Malaysia DUN Pandan Indah.

Program yang berlangsung di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana, Ampang itu menjadi antara usaha menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat setempat.

Pada masa sama, penganjurannya turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

“Semoga program sebegini terus menjadi platform untuk memperkukuh semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan masyarakat setempat,” kata MPAJ menerusi kenyataan di Facebook.

Program berkenaan disempurnakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandan Indah merangkap EXCO Infrastruktur dan Pertanian Selangor Dato’ Ir Izham Hashim.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua MPAJ Ts Hasrolnizam Shaari, Ahli Majlis MPAJ JKP Zon 14 Mohd Ifwat Amir Hamirudin, Ahli Majlis MPAJ JKP Zon 18 Vikneswaran serta pegawai MPAJ.

Antara pengisian program tersebut ialah penyampaian hadiah Pertandingan Menghias Jalur Gemilang bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Pada program sama, papan karom dan striker turut diserahkan kepada persatuan serta kelab sebagai sokongan terhadap penganjuran aktiviti kemasyarakatan dan riadah.

Inisiatif berkenaan diharap dapat menggalakkan interaksi serta mengeratkan hubungan antara penduduk menerusi aktiviti komuniti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved