SK Putrajaya Presint 8 (3) hampir siap, operasi sesi persekolahan akan datang

30 Sep 2025 • 4:07 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (3) berjalan lancar dan hampir siap sepenuhnya.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata penantian penduduk di kawasan itu akan berakhir tidak lama lagi.

Beliau menyatakan sekolah tersebut akan memulakan operasi pada sesi persekolahan akan datang.

“Manfaat sekolah baharu ini sangat besar kepada warga Putrajaya, khususnya di Presint 8 dan kawasan sekitar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.”

“Ia dapat meningkatkan akses pendidikan demi manfaat seluruh masyarakat di sini,“ katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Fadhlina juga merakamkan penghargaan kepada semua pasukan di lapangan yang bertungkus lumus menyiapkan projek itu.

Beliau mahu semua projek pembangunan pendidikan di seluruh negara diberi perhatian rapi dari aspek pemantauan pelaksanaan.

Fadhlina menekankan bahawa projek tersebut melibatkan kepentingan rakyat.

Beliau telah meninjau perkembangan pembinaan SK Putrajaya Presint 8 (3) bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Aminuddin Hassim dan Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad. – Bernama