SK Ulu Senagang juara piala Ragbi B-12 MSSD Keningau

29 Jun 2025 • 10:13 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Senagang muncul johan saingan piala Kejohanan Ragbi Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Keningau 2025 yang berlangsung di padang SK Kampung Biah Rabu lepas.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Biah Attackers B dan Kebulu Fighters. Manakala tempat keempat jatuh kepada Kyubi Rugby Club.

Sementara itu juara saingan plate pula dirangkul oleh Biah Attackers A, diikuti Cinnamon Titan selaku manakala johan bowl disandang oleh Binaong Bison.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kejohanan itu dirasmikan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook dalam ucapanya berkata, kolaborasi antara Pejabat Pendidikan Daerah dan setiap sekolah di daerah keningau dalam bidang sukan mencerminkan dasar inklusif yang sedang dan akan terus diperjuangkan oleh kerajaan negeri sejajar dengan inspirasi Sabah Maju Jaya.

“Kita ingin melihat generasi muda hari ini yang bukan sahaja cergas tubuh badan, mempunyai semangat juang yang tinggi tetapi juga tinggi nilai kemanusiaan yang tertanam dalam diri masing-masing,” katanya.

Menurut Ellron, sukan dan jasmani kedua-duanya berada dalam sistem pendidikan yang sama tetapi mungkin berbeza alirannya.

Katanya, sukan berasaskan kepada kemahiran tertentu, manakala jasmani fokus pada perkembangan fizikal dan kesihatan murid.

Sehubungan dengan itu, Ellron amat berbangga melihat bagaimana sukan digunakan sebagai satu wadah perpaduan dan pembangunan sahsiah.

“Kita bukan sahaja membina kekuatan fizikal, tetapi juga membentuk jati diri, mengasah ketahanan mental serta menerapkan nilai-nilai murni seperti disiplin, kerjasama, hormat-menghormati dan semangat kesukanan tanpa mengira latar belakang dan keupayaan,” katanya.

Pada masa sama Ellron percaya, bahawa setiap anak mempunyai potensi dan keistimewaan tersendiri.

Katanya, apa yang diperlukan adalah peluang, dan kejohanan seperti ini telah membuka ruang kepada semua murid untuk menyerlah, bersaing secara sihat dan belajar bekerjasama.

“Kejayaan akan menyusul dengan usaha dan latihan yang tekun dan gigih,” tambahnya.

“Tetapi ingatlah, menang bukan segala-galanya, yang lebih utama ialah keberanian untuk mencuba, semangat untuk terus mencabar diri sendiri dan sikap tidak mudah menyerah,” katanya menyuntik semangat.

View Original Article