
Acara Skechers Friendship Walk 2025 kembali lagi buat kali kelapan pada Ahad, 7 September 2025 di The Oval Lawn, Setia City Convention Centre, dengan kehadiran 8,000 peserta, jumlah paling tinggi sejak dianjurkan.
Dengan pilihan Larian 10km atau Acara Jalan Santai 5km, suasana penuh meriah seawal pagi apabila peserta dari pelbagai peringkat umur hadir bersama keluarga dan rakan-rakan.
Lebih bermakna, Skechers turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada National Cancer Society Malaysia (NCSM) bagi menyokong usaha memberi pendidikan, penjagaan dan bantuan kepada pesakit kanser serta komuniti. Cek disampaikan kepada Penolong Pengarah Perubatan NCSM, Dr. Rutresh, di pentas utama.
Acara kali ini dimeriahkan oleh pengacara Shaun Stephen (buat kali ketiga berturut-turut) bersama rakan hos baharu, Zooey Teo dari MixFM. Beberapa selebriti dan atlet tanah air turut hadir antaranya Jaclyn Victor, Chan Peng Soon, dan Indra Putra, tampil bergaya dengan t-shirt rasmi Friendship Walk serta kasut koleksi terkini Skechers seperti GOwalk 8 dan SKX® AERO.
Selain larian dan jalan santai, pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya:
- Zumba berirama bertenaga
- Persembahan brass band
- Permainan berhadiah & cabutan bertuah
- Dinding nama penamat untuk bergambar
- Gerai Skechers yang mempamerkan koleksi pakaian dan kasut baharu

Detik paling dinantikan pastinya pengumuman pemenang kategori Larian 10km lelaki dan wanita yang menerima hadiah wang tunai sehingga RM1,000, baucar Skechers serta set hadiah termasuk sepasang kasut Skechers AERO.

Acara kemuncak pula tiba apabila pemenang bertuah cabutan utama diumumkan, membawa pulang hadiah bekalan kasut Skechers percuma selama setahun bernilai RM6,000.
Acara penuh bermakna ini turut direalisasikan dengan sokongan penaja utama seperti Listerine, Lotus’s, OSIM, Plan B Physiotherapy, Polar Ice Cream, di samping penaja cabutan bertuah, penaja lokasi serta penaja beg goodies.
The post Skechers Friendship Walk 2025 Catat Rekod Dengan 8,000 Peserta appeared first on Siakap Keli.

