Anak Johor yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) daripada Yayasan Pelajaran Johor boleh dipohon untuk mendapatkan bantuan one-off sebanyak RM500 dan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai skim bantuan pendaftaran ini.

Apakah Skim Bantuan Pendaftaran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)?
Skim Bantuan Pendaftaran merupakan bantuan yang dibuka buat siswa kelahiran Johor yang sedang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi membantu keperluan pendaftaran pengajian mereka.
Pelajar yang berkelayakan dipelawa untuk memohon pinjaman dan bantuan yang ditawarkan.
Inisiatif ini diberikan kepada pelajar baharu sepenuh masa yang mendaftar bagi Tahun Pertama, Semester Satu sesi pengajian 2026.
Tarikh Permohonan
Untuk makluman, Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor ini dibuka mulai 17 Ogos 2026 sehingga 7 September 2026.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan yang ditawarkan adalah RM500 secara one-off bagi mereka yang layak.
Syarat Permohonan
Pelajar perlulah menetapi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut untuk memohon skim bantuan ini :
- Lahir dan (Mykad) beralamat di negeri Johor atau
- Lahir luar Johor tetapi (Mykad) beralamat di negeri Johor;
- IPTA: Universiti / Politeknik / Kolej / Institusi (Rujuk Senarai MQA), IPTS: Universiti / Kolej Kemahiran Johor / Kolej Universiti YPI / KUIJSI (Rujuk Senarai MQA); Pelajar Program Matrikulasi; Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda;
- Pemohon mestilah Tahun 1 (Semester 1) Tahun 2026;
- Pengajian pemohon mestilah sepenuh masa;
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 10,000 / sebulan (berdasarkan pendapatan perkapita terendah).
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login.
Permohonan boleh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kuota penerima dan peruntukan tahunan yang ditetapkan oleh YPJ.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Bantuan Pendaftaran?Skim Bantuan Pendaftaran merupakan bantuan yang dibuka buat siswa kelahiran Johor yang sedang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Bilakah tarikh permohonan skim bantuan ini dibuka?Permohonan skim bantuan ini dibuka mulai 17 Ogos 2026 sehingga 7 September 2026.
Kadar bantuan yang akan diberikan adalah RM500 secara one-off.
Adakah skim bantuan ini hanya layak untuk mereka yang lahir di Negeri Johor sahaja?Pemohon mestilah lahir dan (Mykad) beralamat di negeri Johor atau lahir luar Johor tetapi (Mykad) beralamat di negeri Johor sahaja.
Jika saya telah memasuki tahun 2, adakah saya boleh memohon skim bantuan ini?Tidak. Pemohon mestilah Tahun 1 (Semester 1) untuk Tahun 2026.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login.
Maklumat Lanjut
Untuk aduan dan pertanyaan mengenai Skim Bantuan Pendaftaran Yayasan Pelajaran Johor, sila adukan aduan dan pertanyaan boleh dibuat di link berikut https://bit.ly/4hDMW1U.
Baca juga: SPPNK: Tawaran Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah 2026





