Skim Harga Maksimum Musim Perayaan: KPDN Sandakan tidak terima aduan kenaikan harga barang

13 Feb 2024 • 2:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Daerah Sandakan tidak menerima sebarang aduan berkenaan kenaikan harga barangan yang tersenarai dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2024.

Ketua Cawangan KPDN Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, malah hasil pemeriksaan di pasar raya sekitar Sandakan, barangan berkenaan dijual lebih rendah berbanding harga yang ditetapkan sekali gus mematuhi skim berkenaan.

Jelasnya, ini memperlihatkan peniaga juga mempunyai semangat untuk membantu pengguna, di mana sebelum ini beliau juga ada mengadakan mesyuarat dengan wakil pasaraya di sini.

“Kita beritahu, jika boleh, jual dengan harga rendah dan bukan melebihi harga ditetapkan sekali gus membantu pengguna,” jelasnya.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Azdy berkata demikian selepas membuat pemantauan serta pematuhan SHMMP Tahun Baharu Cina di sebuah pasar raya di sini, Jumaat lalu.

Sementara itu, berhubung bekalan minyak masak paket di daerah ini yang dikatakan sukar diperoleh, pihaknya berkata tiada isu kekurangan bekalan tersebut.

Ujarnya, terdapat 21 kilang pembungkus semula minyak masak subsidi di Sandakan.

Manakala jumlah kuota sebulan bagi minyak masak paket itu berjumlah 3.23 juta kilogram, bersamaan dengan 3.23 tan metrik.

“Isu kekurangan minyak masak paket tidak berlaku kerana kuota kilang akan dihabiskan setiap bulan untuk tuntutan.

“Kuota baru bulan seterusnya akan bermula setiap 1 haribulan dan pemilik kilang akan mengambil masa dua hingga tiga hari untuk mengambil minyak daripada kilang penapis sebelum dibungkus semula di kilang masing-masing.

“Pengedaran minyak masak kepada pelanggan juga memerlukan masa selepas siap dibungkus,” jelasnya.

Sehubungan itu, Azdy menasihatkan pengguna agar jangan membuat pembelian panik.

Jika sukar mendapat bekalan, beliau meminta orang ramai terus menghubungi KPDN Cawangan Sandakan melalui nombor telefon 089-668107.

Dalam perkembangan lain, berkenaan penguatkuasaan KPDN Sandakan, sebanyak 551 premis, termasuk 258 premis di bandar dan 293 di luar bandar, diperiksa.

Daripada pemeriksaan itu, sebanyak enam kes dibuka di bawah Akta Bekalan 1961, di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (9 kes), Akta Timbang dan Sukat 1972 (4 kes) dan Akta Perihal Dagangan 2011 (satu kes) dengan jumlah keseluruhan 20 kes, melibatkan 12 kes dikompaun, dua kes pendakwaan dan enam kes masih dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.