SKMM Akan Teliti Jurang Liputan Rangkaian 4G Antara Syarikat Telekomunikasi

TechnologyDigital
18 May 2025 • 9:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini diarahkan oleh Menteri Komunikasi, untuk meneliti dan mengkaji perbezaan liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk. Hal ini kerana terdapat jurang antara liputan syarikat telekomunikasi, di pelbagai lokasi seluruh negara.

image is not available

Menyentuh lanjut mengenainya, Menteri Komunikasi mengatakan secara agregat, kini liputan 4G di Malaysia telah mencapai angka 92% di Sarawak, dan 98.7% di seluruh negara. Walaubagaimanapun, kadar sebenar adalah berbeza antara syarikat telekomunikasi. Beberapa syarikat telekomunikasi mencatatkan angka liputan kawasan berpenduduk sekitar 76%, dan ada yang mencecah 86%.

Selari dengan ini, SKMM diminta untuk meneliti angka agregat liputan kawasan berpenduduk ini mengikut lokasi dan setiap syarikat telekomunikasi, di seluruh negara.

Menteri turut menekankan yang mana rakyat membayar untuk dapatkan liputan internet selari di seluruh negara, dan bukan di sesuatu lokasi sahaja.