Di semua lokasi pelancongan: Syarikat telco diarah tingkat perkhidmatan

LocalTravel
27 Apr 2025 • 3:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Syarikat telekomunikasi (telco) diarahkan untuk meningkatkan perkhidmatan mereka di semua lokasi pelancongan di Sabah bagi mencapai ketersambungan internet yang kukuh menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata kerajaan sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan dan pengawalseliaan terhadap perkhidmatan komunikasi, termasuk di kawasan pelancongan, jalan raya utama, premis kesihatan awam, institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, kem tentera, stadium utama negeri serta lokasi acara utama di setiap negeri.

“Selain memberi manfaat kepada orang ramai, inisiatif untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan selular ini juga akan menjana kesan limpahan ekonomi kepada perniagaan yang terlibat dalam aktiviti berkaitan pelancongan melalui promosi dalam talian yang lebih meluas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Langkah ini juga akan membantu pelancong menikmati pengalaman percutian yang lebih baik di Sabah tanpa terputus hubungan dengan dunia luar,” katanya.