SKMM arah telco larang sebarang pautan URL dalam SMS, elak pengguna jadi mangsa scam

3 Apr 2023 • 1:07 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anda pernah dapat SMS berisi pautan URL dari nombor tak dikenali? Ada scammer yang gunakan taktik itu untuk dapatkan maklumat peribadi seseorang seperti nama, alamat dan nombor pin akaun bank melalui pautan laman web palsu. Jika tidak berjaga-jaga, pasti maklumat anda akan terdedah dan wang simpanan bakal lesap.

image is not available

Perkara ini sememangnya membimbangkan. Namun nampaknya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah ambil langkah untuk membendungnya dengan mengarahkan semua syarikat telekomunikasi (TELCO) larang sebarang kandungan pautan URL dalam SMS. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, arahan yang akan berkuat kuasa secara berperingkat itu bertujuan mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa scam.

Sementara menunggu semua telco melaksanakan perkara ini. Ingat, jangan tekan atau klik sebarang pautan yang anda terima, tidak kira sama ada ia mencurigakan atau tidak. Kebanyakan masa, pautan yang telco hantar tidaklah penting, jadi anda boleh abaikan terus. Namun, Jika anda sedar bahawa anda telah jadi mangsa scam, laporkannya pada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) secepat mungkin dengan mendail 997 supaya wang anda dapat diselamatkan.

[Sumber: Berita Harian]