SKMM Diminta Tidak Teruskan Penghalaan Semula DNS

LocalPolitics
8 Sep 2024 • 2:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta untuk tidak meneruskan pelaksaaan penghalaan semula Sistem Nama Domain (DNS) yang diwajibkan kepada semua penyedia perkhidmatan internet (ISP) di Malaysia.

image is not available

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, SKMM perlu meneruskan siri libat urus dengan semua pemegang taruh yang berkepentingan untuk mendapatkan padangan, cadagan serta saranan bagi memastikan objektif internet lebih selamat tercapai.

Fahmi berkata demikian dalam hantaran di akaun X beliau @fahmi_fadzil awal hari ini.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Pegawai Rangkaian SKMM, Datuk Dr Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen berkata, arahan terhadap ISP untuk mengalihkan trafik perkhidmatan nama domain (DNS) yang menggunakan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS SKMM tidak akan menjejaskan, menganggun atau menyekat pengguna melayari laman web yang sah.

Tambah beliau lagi, hanya laman web yang menyalahi undang-undang akan terkesan dengan pelaksanaan itu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.